BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 19, 2009

AL-FATIHAH

PEMERGIAN GURU YANG BERDEDIKASI

إنا لله وإنا إليه راجعون



Tanggal 19 Disember 2009 (Sabtu),telah perginya seorang guru Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Ustaz Salehan Ahmad ke rahmatullah petang selepas Asar. Beliau telah dimasukkan ke wad ICU di Selangor Medical Centre (SMC) dan jenazah beliau akan dibawa pulang ke kediaman keluarganya dan akan dikebumikan di sana.

Beliau yang mengajar pelajaran agama terutamanya tafsir/hadis merupakan seorang guru veteran di sekolah ini. Beliau juga amat rapat dan disenangi oleh para pelajar. Beliau adalah seorang guru yang begitu berdedikasi dan bersemangat tinggi untuk mengajar pelajar-pelajarnya. Walaupun tahun 2009 beliau kurang sihat untuk menjalani proses pengajaran, namun beliau tetap ingin mengajar pelajarnya sehingga sanggup naik hingga ke tingkat 4.

Selain itu, setiap kali menjelang sambutan hari guru di sekolah ini, beliau akan tampil membuat persembahan bermain 'harmonika' kepada semua guru,kakitangan dan para pelajar. Selain itu juga beliau akan menyampaikan teka-teki serta menyediakan hadiah. Namun kini, tiada lagi bunyi harmonika yang dimainkan oleh Ustaz Salehan Ahmad menjelang hari guru SAMTSH. Segala yang tinggal hanyalah kenangan. Semoga roh ustaz dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal A'lamin.

"USTAZ SALEHAN BIN AHMAD DALAM KENANGAN"

AL-FATIHAH





Friday, December 18, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431

Salam Maal Hijrah saya ucapkan kepada semua umat islam di dunia ini tidak kira kaye ke,miskin ke, budak kecil atau tua......pada 18 disember 2009 telah diadakan sambutan maal hijrah 1431 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) Putrajaya. Majlis ini dihadiri timbalan yang dipertuan agong, sultan kedah.

TOKOH MAAL HIJRAH 1431 KEBANGSAAN

TAN SRI DR. MOHD YUSUF NOOR
(PENGERUSI FELDA)



TOKOH MAAL HIJRAH 1431 ANTARABANGSA


SHEIKH YUSUF AL QARADAWI




Tuesday, December 8, 2009

PALING..PALING.....DAN PALING!!

JAMBATAN TERTINGGI DI DUNIA
(Jambatan The Millau Viaduct....343 meter)

GUNUNG TERTINGGI DI DUNIA(Gunung Everest.....8848 meter)

MASJID TERBESAR DI DUNIA(Masjidil Haram,Mekah Al-Mukarramah)

BANGUNAN TERTINGGI DI DUNIA(Burj Dubai....818 meter)

PULAU TERBESAR DI DUNIA(Greenland.....2175600km persegi..)

HOTEL TERBESAR DI DUNIA

(The Palazzo Hotel,Las Vegas....7128 bilik)

HOTEL TERTINGGI DI DUNIA
(Rose Tower....333 meter)

KERETA TERLAJU DI DUNIA
(Barabus TKR....270 batu sejam)

JAMBATAN TERPANJANG DI DUNIA(Bang Na Expressway,Thailand......54km)

AIR TERJUN TERTINGGI DI DUNIA(Angel Falls,Venezuela....979 meter)




BERITA TERPILIH

MALANG TIDAK BERBAU

MAULANA Harun (kiri) bersama ahli keluarga meratapi jenazah empat cucunya yang lemas di terusan di Muadzam Shah.

Lemas ketika cuba selamat adik jatuh terusan

MUADZAM SHAH: Empat beradik meninggal dunia dalam kejadian menyayatkan apabila tiga daripadanya lemas ketika cuba menyelamatkan adik mereka yang terjatuh ke dalam terusan di Ladang Kelapa Sawit Kota Bahagia di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang, Muhammad Syukri Md Shamsuri dan Norsyafiqah - kedua-duanya berusia 15 tahun yang menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR), serta Muhammad Syafiq, 12, dikatakan nekad terjun ke dalam terusan itu tetapi ketiga-tiganya turut lemas bersama adik mereka, Norsyakirah, 8.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin, Cif Inspektor Abdul Rahman Abdul Jalil, berkata empat beradik itu serta dua lagi kembar berusia enam tahun, Nor Ain Syahirah dan Nor Ain Syariah, mengikuti ibu bapa mereka, Md Shamsuri Maulana, 46 dan Saeyah Mohd Noor, 38, ke terusan berkenaan untuk memancing dan berkelah sempena cuti sekolah.

Bagaimanapun, katanya, empat beradik itu memaklumkan mahu memancing dan mandi di kawasan berhampiran.

"Sebaik sampai di kawasan terbabit, Norsyakirah dipercayai tergelincir ke dalam terusan sedalam tujuh meter menyebabkan yang lain terjun bagi menyelamatkannya.

"Pada masa sama, bapa mangsa tergerak untuk melihat anak-anaknya yang berada agak jauh tetapi menjumpai joran serta selipar sebelum terlihat kelibat tangan mangsa terkapai-kapai di permukaan terusan berkenaan," katanya.

Nursyafiqah (atas) dan Muhammad Syukri.

Abdul Rahman berkata, bapa mangsa segera terjun ke dalam terusan itu bagi menyelamatkan anak-anaknya, tetapi terpaksa naik semula selepas beliau sendiri hampir lemas.

Md Shamsuri kemudian berlari ke arah jalan besar, kira-kira 100 meter dari tempat terbabit dan menahan sebuah kenderaan bagi meminta bantuan untuk menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat.

Abdul Rahman berkata, 15 anggota bomba dan penyelamat bersama polis daerah ini terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

"Anggota penyelamat mengambil masa dua jam bagi mencari mayat mangsa yang ditemui di dasar terusan. Mangsa pertama dikeluarkan ialah Muhammad Syukri, diikuti Nursyakirah, Nursyafiqah dan Muhammad Syafiq. Mayat semua beradik itu dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat," katanya.



Thursday, December 3, 2009

NAK KE JADI MANGSA RAGUT??

setolah den buek kajian....den dapek boborapo tips tips yang mungkin berguno untuk polbagai lapisan masyarakat terutamo wanita di luar sanun....

TIPS CEGAH JENAYAH RAGUT

1. Jangan letak beg tangan dalam bakul terbuka di depan motosikal.


2. Simpan beg tangan dalam ruang atau tempat simpan berpenutup pada motosikal.


3. Bawa dompet yang boleh disimpan dalam kocek.


4. Bawa payung untuk melindungi diri bila berdepan penjenayah.


5. Berjalan bertentangan arus kenderaan supaya boleh nampak tindakan mencurigakan.

6. Berhati-hati setiap masa dan tunjukkan kelakuan seolah-olah sangat cermat.


7. Berwaspada mengeluarkan duit daripada mesin ATM atau ketika keluar masuk bank.


8. Ketika berjalan, rapatkan beg tangan ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan.


9. Jangan tinggalkan dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai.


10. Jangan tunjukkan pamerkan kandungan dompet, terutama wang tunai atau barang kemas.


Wednesday, December 2, 2009

Den Poyi Molako....

17 November yang lepas sekolah saya telah mengadakan aktiviti rombongan ziarah ilmiah bagi pelajar tingkatan dua SAMTSH. Program ini berjalan selama tiga hari di negeri Melaka,Bandar Bersejarah. Memang bestlah jugak....jln sane sini sampai pukul 3 pagi pun ade. Ade 3 buah bas yang digunakan sebagai bas persiaran ketika berada di sana.

(inilah bas yang digunakan...AIMAN LUTFI TRANSPORT)

(Pantai Puteri Melaka...boleh tahan cantik..)


(EYE ON MELAKA....tapi tak naik pun....)


(Melawat Balai Cerap Pusat Falak AL-Khawarizmi)


(Main bola sementara menunggu cikgu pengiring)


(Angkat tangan!!......tarik nafas panjang2)


(Semangatnye berjoging....maklumlah nak cepat kurus)